Info Produk

BBplus kolagen
  
Penuaan merosakkan kolagen dan seterusnya merosakkan kulit


Kolagen membentuk 70% daripada lapisan dermis kulit. Ia adalah bahan utama dalam kulit, tulang, rawan dan pelbagai tisu penghubung di dalam badan kita. Kolagen membantu pertumbuhan semula kulit baru serta mengekalkan kelembutan kulit. Di dalam sendi rawan, ia berfungsi sebagai kusyen untuk mengurangkan bebanan terhadap sistem struktur badan terutama pada pinggul, sendi dan lutut.


Faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.


Mengapa memilih BB Plus?


BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik. 


Bagaimana BB Plus Bertindak?


Mod tiga tindakan:
1. Memulih   - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi rantaian kolagen                            yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida  
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru


Dos apakah yang efektif?


Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.


Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?


Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis


Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?


Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.


Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?


Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.



Garam Buluh (Bamboo Salt) Premier Drink
















Garam Buluh (Bamboo Salt) Premier Cooking Salt Powder


Mengenali garam buluh 

Menyedari hakikat masalah kesihatan, masyarakat kita mula mencari alternatif terbaik untuk menggantikan garam biasa. 


Ramai yang tidak mengetahui bahawa masyarakat Korea dan Jepun telah lama mengamalkan sejenis garam yang bersifat alkali yang dikenali sebagai garam buluh. 


Garam buluh salah satu faktor yang menyumbang kepada kurangnya masalah penyakit jantung, kencing manis, gout dan darah tinggi di Jepun dan Korea. 


Garam buluh adalah garam laut yang dikeringkan secara semula jadi oleh matahari dan dibakar di dalam buluh secara berulang-ulang sebanyak sembilan kali. 


Kaedah ini menyebabkan garam ini lebur bak lava dan membolehkan ia menyerap mineral yang terkandung di dalam buluh. Kaedah pembakaran ini berjaya membuatkan garam biasa bertukar sifat asid kepada sifat alkali. Malah, yang paling penting garam buluh mengandungi lebih 80 mineral penting yang diperlukan oleh sistem imunisasi badan. 


Buluh yang terdapat di Korea dan Jepun mempunyai kadar mineral yang tinggi. Malah, ia turut mempunyai daya ketahanan yang sangat baik terutama menghadapi musim salji dan cuaca panas yang begitu ekstrim. 



Bagaimana ia melawan penyakit? 


Garam biasa mempunyai sifat asid pada kadar 5pH manakala garam buluh mempunyai ukuran pH antara 9-11. Ini membuktikan bahawa garam buluh bersifat alkali. Apabila diambil secara harian, sifat alkali akan meneutralkan kandungan asid di dalam badan yang menyebabkan punca kepada pelbagai jenis penyakit. 


Selain itu, garam buluh juga membantu badan menyerap zat-zat dan vitamin dari makanan yang diproses di dalam badan. 


Apabila kandungan toksin dan asid dapat distabilkan, badan akan mula melalui proses pemulihan secara lebih cepat dan efisien. Ini sekali gus membuat- 

kan badan lebih sihat dan bertenaga. 


Garam buluh atasi kanser? 


“Kanser atau sebarang penyakit lain berpunca daripada kadar asid tinggi dalam badan.” Itukah ungkapan Dr Otto Warburh, pakar perubatan German pernah memenangi Nobel Prize atas hasil penyelidikan beliau. 


Kandungan toksin dan toksin yang tidak dikeluarkan oleh badan secara perkumuhan atau peluh terkumpul di dalam badan. Ini salah satu faktor yang melumpuhkan sistem pertahanan badan. 


Oleh itu sekiranya terdapat sel-sel kanser, ia akan mula hidup aktif di dalam badan atau bahagian-bahagian yang mempunyai kadar asid yang tinggi. 


Oleh itu, secara amnya, salah satu langkah yang dapat membantu kita untuk membantu meningkatkan kadar alkali di dalam badan ialah dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan bersifat alkali seperti sayur-sayuran dan juga garam buluh. 


Sebagai umat Islam kita harus mempercayai bahawa setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Di samping berikhtiar dengan pelbagai kaedah perubatan amalkan doa-doa syifa agar Allah memperkenankan usaha kita dalam mengatasi sebarang penyakit. 



KES 1: Azizah Ibrahim, 60, Skudai, Johor Bahru. 


Sejak mengetahui saya menghidap kencing manis tahun lalu, saya terlambat mendapatkan rawatan pakar untuk merawat penyakit ini. Pelbagai makanan tambahan dan ubat-ubatan tradisional diambil untuk mengurangkan penyakit ini sehingga menyukarkan saya untuk berjalan. 


Doktor memberitahu jika saya tidak mengamalkan diet yang seimbang, berkemungkinan kaki saya akan menjadi bengkak akibat kandungan gula yang tinggi dalam badan. 


Saudara-mara mencadangkan saya mencuba garam buluh untuk membantu mengurangkan penyakit kencing manis yang saya alami. 


Saya campurkan garam buluh bersama air suam dan sapukan pada bahagian kaki yang bengkak. 


Saya turut mengamalkan meminum air bersama campuran garam buluh pada setiap pagi dan sebelum tidur. 


Kini, saya tidak lagi menggunakan garam biasa dalam masakan, saya hanya gantikan dengan garam buluh. 


Alhamdulillah, dengan izin Allah, selepas setahun mengamalkannya, luka dan bengkak kencing manis pada kaki saya semakin mengecut dan syukur kerana kesan tindak balas garam buluh memang baik untuk penghidap kencing manis. 


Kini, saya berasa badan lebih sangat sihat dan lebih aktif.


Mineral Coffee


Aroma istimewa Hai-O Mineral Coffee berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organik semulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineral seperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. Hai-O Mineral Coffee bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.

Keberkesanan Mineral Coffee

Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan.

Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium.
Menghilangkan keletihan fizikal dan mental.
Melegakan tekanan.



Marine Essence Beauty Bar


Bar Kecantikan Marine Essence dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

Bar kecantikan Marine Essence memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh.


Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Bar Kecantikan Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari!



Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)

- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.
Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.
Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.
Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.
Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
  Merupakan pelembap kulit yang  terbaik.
Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.



Hai-O Organic Spirulina
























Hai-O Organic Spirulina dibiak daripada baka spirulina dalam kolam air mineral di Gunung Da-Wu, kawasan Ping-Tung, Taiwan dengan persekitaran pembiakan yang bersih, tanpa unsur-unsur pencemaran. Ia adalah bebas daripada bahan-bahan kimia, baja, racun serangga atau logam berat dan merupakan makanan semulajadi dengan nutrien-nutrien yang menyeluruh untuk dimakan.
Hai-O Organic Spirulina mengandungi unsur Apogen®, iaitu sekumpulan protein yang diekstrak daripada alga untuk menjaga dan menjamin kesihatan susuk badan. Kajian Apogen® turut memperoleh paten daripada Amerika Syarikat (No. US 6346408) dengan terbitannya dalam Journal of Medical Virology 70: 119-125 pada Mei 2003 (http://www3.interscience.wiley.com/cgi-bin/jhome/32763).





Premium Beautiful Foundation Lingerie Series







CIRI-CIRI PRODUK

Mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada  kedudukan yang betul.


Diperbuat daripada fabrik Akwatek dan Akwadyne yang sebati dengan air dan disulami dengan cahaya infra merah jarak jauh (Far Infrared Ray) yang direka khas berdasarkan kajian dari bidang ergonomi.


Ia dapat melindungi badan dari sinaran UV dengan berkesan serta menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme, di samping meningkatkan keanjalan payudara dan menggalakkan pertumbuhan payudara.


Mempunyai rawan keluli yang berfungsi untuk menganjal dan mengukuhkan kedudukan payudara


Reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian depan dapat meningkatkan garis payudara dan menyokong bahagian dada.



Reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian belakang pula dapat mengurangkan lemak di bahagian belakang badan.


Bentuk “U” yang direka khas pada bahagian belakang badan dapat menonjolkan kontur badan yang menarik.


Mempunyai kuasa penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian.


Mempunyai kuasa regangan dalam semua hala yang dapat diregang kepada 360 darjah mengikut pergerakan
badan tanpa mengubah reka bentuk asalnya.

Pad dada yang direka khas untuk membentuk payudara yang lebih mempesona.


Hiasan corak bunga-bungaan menonjolkan keunggulan produk.




Adakah pemakaian Premium Beautiful akan mengganggu peredaran darah dan kesihatan seseorang? Adakah ia akan mengakibatkan perubahan bentuk badan?
Tidak. Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini diperbuat daripada fabrik semula jadi seperti fiber, nilon, tetron serta fabrik lain dan disulami dengan cahaya infra merah jarak jauh (far infrared ray) yang direka khas berdasarkan kajian dari bidang ergonomi. Ia menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme badan. Selain itu, fabriknya mempunyai kuasa penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian. Pemakaian Premium Beautiful tidak akan menjejaskan kesihatan dan peredaran darah seseorang, malah pemakaian untuk jangka masa panjang dapat menghasilkan kontur badan yang menarik.

Adakah pemakaian Premium Beautiful akan menyebabkan badan berasa panas?
Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini dihasilkan melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik semula jadi seperti fiber, nilon dan tetron yang mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap udara. Maka, pemakaian Premium Beautiful pada hari panas tidak akan menyebabkan badan berasa panas, malah anda akan berasa selesa di samping memiliki bentuk badan yang menarik.





Bio Velocity™ Sleep Mate



Medan Tenaga Manusia
Matahari adalah sumber tenaga yang menggerakkan kesemua kehidupan dalam bumi. Benda hidup adalah makhluk yang bertenaga, atom-atom dan elektron-elektron di dalam badan kita menghasilkan satu aliran medan tenaga di mana ia membekalkan tenaga yang mencukupi untuk sel-sel badan bekerja pada tahap yang optima. Dengan kata lain, tenaga adalah daya hidup dan ia adalah sumber kesihatan dan semangat manusia.
Keseimbangan tenaga adalah berdasarkan kewujudan corak tenaga di dalam dan di sekeliling badan yang membentuk satu matrik yang digunakan oleh badan untuk mengekalkannya dalam keadaan "sihat". Medan tenaga manusia dibentuk untuk mengekalkan kesihatan badan. Sel-sel badan berkomunikasi di antara satu sama lain melalui gelombang (frekuensi) yang unik kepada setiap orang. Semua tisu seperti kulit, hati, tulang dan organ-organ lain mempunyai tenaga dan beresonan ke atas frekuensi tersendiri. Bioresonans bermakna mengedarkan semua frekuensi yang diperlukan untuk rangsangan dan penyelarasan organisma yang muktamad.
Ujian klinikal menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap tenaga ke atas subjek yang signifikan selepas menggunakan BV Sleep Mate

Keistimewaan Bio Velocity™ Sleep Mate


1.Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti

No comments:

Post a Comment